content-top-menu1 20

content-top-menu1 23

content-top-menu1 25

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN
PENOLONG PEGAWAI ISTIADAT


Sukacita dimaklumkan bahawa Pentadbiran Istana Negara ingin mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi SATU (1) kekosongan jawatan bertaraf kontrak seperti berikut:
JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI ISTIADAT

GRED : 29 (TERBUKA)

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA

TARAF JAWATAN : KONTRAK (DUA TAHUN)

PENEMPATAN : BAHAGIAN ISTIADAT, ISTANA NEGARA

JADUAL GAJI : RM 1,493.00 – RM 5,672.00

SYARAT UMUM

Calon yang berminat hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 25 tahun dan tidak lebih 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Memiliki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau Diploma dalam bidang berkaitan atau pengalaman yang setara (untuk pengecualian syarat akademik);
d) Sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam (Persekutuan/Negeri/Berkanun dan lain-lain) secara lantikan tetap/kontrak dengan gred setara atau lebih rendah (pengisian jawatan bagi calon lantikan tetap adalah secara pertukaran sementara/peminjaman manakala calon lantikan kontrak adalah secara contract of service);
e) Bebas dari tindakan/siasatan tatatertib.

KEUTAMAAN CALON
a) Lelaki;
b) Mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam penganjuran acara/majlis rasmi Kerajaan, pengurusan protokol dan istiadat.

CARA MEMOHON

a) Calon hendaklah mengemukakan resume/cv lengkap, borang permohonan, salinan sijil SPM, STPM/Diploma, salinan kad pengenalan, salinan buku perkhidmatan, dua (2) keping gambar berukuran passport, senarai tugas dan senarai semak dihantar secara pos/serahan tangan ke alamat berikut:

Seksyen Inovasi dan Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan Istana Negara
Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 Kuala Lumpur
(U.P : Encik Guli bin Tahir)

b) Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 November 2016. Sila layari www.istananegara.gov.my untuk muat turun borang.
c) Calon yang berjaya untuk sesi temuduga akan dihubungi melalui emel untuk menghadiri sesi temuduga serta penyediaan dokumen-dokumen sokongan yang perlu. Calon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

print icon small MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN PPI

 

1. Borang Permohonan Email Rasmi Istana ( Staf Baru)

2. Borang Permohonan Ahli Baru KEKSIN

3. Borang Permohonan Sumbangan Kebajikan KEKSIN

4. Tempahan Bilik Mesyuarat

 

MainPage banner

rightblock 06                   warif 

      pautanjabatan 09 09     pautanjabatan 11 09

           pautanjabatan 03 09

     pautanjabatan 20 09     pautanjabatan 21 09

    pautanjabatan 14 09     pautanjabatan 05 09

    pautanjabatan 18 09     pautanjabatan 19 09

Who's Online

We have 4 guests and no members online