Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2017

Majlis Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan Tahun 2017.  Pada Tahun 2017 seramai 375 penerima dikurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan.  Antara Darjah yang dikurniakan adalah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW), Seri Mahkota Wilayah (SMW), Panglima Mahkota Wilayah (PMW), Johan Mahkota Wilayah (JMW), Kesatria Mahkota Wilayah (KMW), Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).