Latar Belakang dan Fungsi

 

LATAR BELAKANG

Pengurusan Istana Negara diketuai oleh seorang Ketua Jabatan yang bergelar DATUK PENGELOLA BIJAYA DIRAJA. Beliau disokong oleh 6 Bahagian Utama dalam Pengurusan Istana Negara iaitu Bahagian Istiadat, Bahagian Urusan Diraja, Bahagian Hal Ehwal Islam, Bahagian Juruiring, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Bahagian Keselamatan.
Di anggotai oleh hampir 236 orang kakitangan yang terdiri daripada pelbagai kategori dan gred jawatan.

 

OBJEKTIF
Objektif Istana Negara ialah untuk menjaga martabat dan imej Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara Malaysia selaras dengan peruntukan Raja Berpelembagaan  didalam Perlembagaan Persekutuan.

 

DASAR KUALITI

DasarKualiti Istana Negara pula adalah komited untuk menyempurnakan semua urusan dan perkara-perkara yang melibatkan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dengan berteraskan nilai-nilai integriti, akauntabiliti dan profesionalisme.

 

VISI

Visi Istana Negara ialah untuk menjadi organisasi terunggul dalam  menjaga keselesaan dan imej Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara Malaysia selaras dengan peruntukan Raja Berpelembagaan  di dalam Perlembagaan Persekutuan

 

MISI

Memberi perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berkualiti demi menjaga keselesaan dan imej Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara Malaysia selaras dengan peruntukan Raja Berpelembagaan  di dalam Perlembagaan Persekutuan.


bgIstana 04