Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN


Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, sistematik, berkualiti dan mesra bagi memastikan
sepenuh keselesaan kepada Pelanggan:-

1.

Memberikan khidmat nasihat dalam semua urusan adat istiadat dan hormat diraja bagi semua Majlis /acara Yang melibatkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

2.

Memastikan segala amalan protokol, adat istiadat diraja danperaturan-peraturan berkaitan dapat dilaksana kan dengan teratur dan tertib, dan semua urusan jemputan /kehadiran tetamu dibuat mengikut perancangan dan sempurna.

3.

Memastikan tetamu-tetamu Negara dan tetamu-tetamu Seri Paduka Baginda Berdua diraikan dengan penuh sempurna sejajar dengan kedudukan mereka.

4.

Memastikan semua urusan Harian Diraja (keberangkatan, mengadap, pelantikan, penyampaian/ penganugerahan watikah) dijadualkan dengan teliti dan teratur serta mendapat liputan media di mana berkaitan.

5.

Memastikan urusan dan amalan perolehan dan pembayaran dilaksanakan mengikut sistem, peraturan dan prosedur kerja yang ditetapkan dan berintegriti. 

 
Tarikh Kemaskini : 10 Mac 2017
 bgIstana 04