Articles

Bahasa Istana

Adat Tertib Pertuturan Bahasa Inggeris

 

Apabila bertutur dalam Bahasa Inggeris , anda hendaklah sentiasa menggunakan bahasa Beraja (Royal Vocabulary).
Jika boleh cuba elakkan dari menggunakan perkataan Inggeris, melainkan anda fasih menguasai Bahasa Inggeris.
Jika terpaksa juga,anda hendaklah menambah atau menggunakan perkataan :- 

  •  Bahasa Inggeris   Gelaran
     "His Majesty"   bagi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
     "Her Majesty"   bagi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
     "His Royal Highness"   bagi Duli Yang Maha Mulia Tuanku
     "Her Royal Highness"   bagi Duli Yang Maha Mulia Sultanah/Raja Perempuan  
     "Your Royal Highness"  
      untuk perkataan "Tuanku"


bukan "You" atau "Your" atau "Yours"

Bagi perkataan "I" gantikan "patik" walaupun anda menjawab dalam Bahasa Inggeris melainkan anda menggunakan "Royal Vocabulary" sepenuhnya.
 
Contoh:
"I beg your pardon, Your Royal Highness"
 
Penggunaan Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu

 

  • Contoh:
  • "Yes Your Royal Highness , patik menjunjung titah Tuanku".

 

>  Petikan sebahagian dari Bahasa Istana

Adat Tertib Pertuturan

 

Apabila baginda Tuanku bertitah, anda hendaklah menggantikan "Tuanku" setiap kali bersetuju bagi menggantikan "Ya".


Adalah manis jika digunakan "Ampun Tuanku" atau "Tuanku" samada di pangkal atau di penghujung ayat semasa bertutur.


Menggunakan sebutan pendek atau ringkas tidak digalakkan seperti : -

    •  

        Perkataan Ringkas    

                               Sebutan yang betul                     

      "Tuanku minta air"

      "Kebawah Duli Tuanku titah berkenan hendakkan air"

            "Tuanku main golf"
         "Kebawah Duli Tuanku telah berangkat minta bermain golf"  
       
       
       

Adakalanya anda menjawab titah soalan/titah pertanyaan Tuanku, tetapi anda dengan spontan menjawabya.
Adakalanya jawapan anda itu tidak betul dari bahasa Istana tanpa disedari.
   

  •  
    Titah tanya Tuanku 
    Jawapan yang betul Jawapan yang tidak betul
    "Awak sudah makan".
    "Ampun Tuanku, patik sudah ayap Tuanku".  "Ampun Tuanku, patik sudah santap Tuanku" .
      
      "Mana pergi bola saya"    
     
     "Ampun Tuanku, patik kurang periksaTuanku".
    "Ampun Tuanku, patik tidak tahu Tuanku".

 

 

> Pertuturan dalam Bahasa Inggeris
> Bahasa Istana

 

 

Bahasa Istana

 

 BAHASA ISTANA

Bil 

Perkataan

Bahasa Istana

Bahasa Awam

1  Anak   Paduka anakanda   Pacal didik
2  Ayah/Bapa   Paduka ayahanda   Hamba Tua ayah
3  Adik   Paduka adinda   Pacal didik
4  Abang/Kakak   Paduka kekanda   Pacal kakak
5  Berlepas   Berangkat lepas   -
6  Buang air   Ke sungai   Ke bilik air
7  Beri/menyampaikan/pemberian
  Kurnia/anugerah   -
8  Berjumpa   Bertemu   Menghadap
9  Duduk/tinggal   Semayam   -
10  Hendak tahu   Ingin mengetahui   Mohon periksa
11  Jemput/sila   Ajak   Mempersilakan
12  Mandi   Bersiram   Mandi
13  Makan   Santap   Ayap
14  Marah   Murka   Dukacita
15  Merasmikan   Menyempurnakan   -
16  Pergi   Berangkat   -
17  Rumah   Istana   Pondok
18  Sakit   Gering   Sakit
19  Sampai   Berangkat tiba   Sampai
20  Saya   Beta/kita   Patik
21  Sudi mengunjungi   Mencemar duli   -
22  Setuju   Berkenan   Bersetuju
23  Tidur   Beradu   Tidur
24  Terima kasih   Berima kasih   Junjung kasih/junjung kurnia
25  Tidak tahu   Tidak pasti/tidak tahu   Kurang periksa/kurang pasti
26  Suami

  Tuanku Agong/Tuanku  
   Sultan/Tuanku

  Hamba tua suami