Daulat Tuanku
Istana Malam
SULTAN IBRAHIM LAFAZ SUMPAH JAWATAN YANG DIPERTUAN AGONG KE-17

SULTAN IBRAHIM LAFAZ SUMPAH JAWATAN YANG DIPERTUAN AGONG KE-17

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini melafaz sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-17 dalam upacara yang berlangsung penuh adat istiadat di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berlangsung dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-264 (Khas), di Balairung Seri Istana Negara, hari ini (31 Januari).

Baginda turut berkenan menggunakan gelaran nama rasmi iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Manakala, gelaran nama rasmi bagi DYMM Permaisuri Johor ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah turut melafaz sumpah memegang jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121