Daulat Tuanku
Istana Malam
YANG DI-PERTUAN AGONG NIKMATI MINUM PETANG BERSAMA PERDANA MENTERI

YANG DI-PERTUAN AGONG NIKMATI MINUM PETANG BERSAMA PERDANA MENTERI

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa menikmati santapan minum petang bersama YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima mengadap YAB Dato’ Seri Anwar di Istana Negara, hari ini (13 Februari).

Seri Paduka Baginda kemudian memandu sendiri bersama YAB Dato’ Seri Anwar dari Istana Negara ke Restoran Paul di Pavilion Kuala Lumpur.

Sebelum berangkat pulang, Seri Paduka Baginda bersama YAB Dato’ Seri Anwar turut meluangkan masa menyaksikan persembahan tarian singa.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121