KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).
Pertemuan YB Menteri Wilayah Persekutuan
bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara, hari ini (14 Februari).
Hadir sama, YBhg Dato’ Kamarulzaman Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan YBhg Dato’ Fadlun Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya.